Kehadiran Presiden Brazil, Afrika Selatan isyarat diplomasi Malaysia bukan biasa-biasa

OLEH NAZRI HAMDAN

Presiden Brazil, Lula da Silva dan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa antara dua pemimpin besar dunia yang hadir di Kuala Lumpur untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Kehadiran dua pemimpin besar dari benua Amerika Selatan dan Afrika ni sebenarnya bukan sekadar lawatan biasa tapi tanda pengiktirafan terhadap peranan Malaysia yang makin penting dalam diplomasi global, terutama dalam kerjasama Selatan-Selatan.

Malaysia kini bukan lagi sekadar “pemerhati” dalam arena antarabangsa, tapi dah mula jadi “suara tengah” yang dihormati dalam isu keadilan ekonomi, perdagangan adil dan reformasi kewangan dunia.

Yang menariknya, lawatan ini juga buka ruang kerjasama baru antara Malaysia dengan dua kuasa besar dunia membangun tu dalam bidang bioteknologi, digitalisasi, pertahanan, dan industri halal.

Malah kedua-dua pemimpin tu bersama PMX sepakat sokong perjuangan Palestin di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Minggu ni bukan minggu diplomatik biasa tapi bukti Malaysia tengah naik taraf imejnya sebagai negara progresif, berprinsip, dan mampu jadi jambatan antara Timur, Barat, Utara dan Selatan.

BACA JUGA Donald Trump tiba di Malaysia sempena Sidang Kemucak ASEAN ke-47