‘Saya berhutang kunjungan ke Malaysia’ – Trump puji peranan Anwar damaikan Thailand-Kemboja
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memuji peranan Malaysia dalam usaha mendamaikan ketegangan antara Thailand dan Kemboja, yang disifatkannya sebagai satu kejayaan diplomatik luar biasa.
Bercakap kepada media di luar Sidang Kemuncak ASEAN, Trump menekankan bahawa Malaysia memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan serantau.
“Malaysia sebenarnya terlibat (usaha perdamaian Thailand-Kemboja). Mereka membantu kami.
“Salah satu sebab saya akan ke Malaysia adalah kerana mereka adalah pihak yang paling banyak terlibat dalam keseluruhan proses rundingan damai antara Thailand dan Kemboja,” katanya.
Trump turut memuji kepimpinan Malaysia dan menyatakan penghargaan peribadinya kepada Perdana Menteri.
Beliau menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang baik dan kerana itu beliau berhutang kunjungan ke negara ini.
“Saya beritahu pemimpin Malaysia, yang merupakan seorang yang sangat baik, saya rasa saya berhutang kunjungan kepadanya. Sebab itulah kami akan singgah ke Malaysia,” katanya lagi.
Trump menegaskan bahawa peranan aktif Malaysia dalam mendamaikan dua negara jiran ASEAN itu menunjukkan komitmen negara terhadap keamanan dan kerjasama serantau.
BACA JUGA Azmin dah terdesak sangat?