Tokoh Maal Hijrah dinamakan calon PH DUN Sulabayan

Tokoh Maal Hijrah Daerah Semporna 2023, Mohd Julpikar Ab Mijan diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.64 Sulabayan.

Mohd Julpikar, yang juga Ketua Kawasan AMANAH Semporna, menjadi satu-satunya calon untuk kerusi yang diperuntukkan kepada AMANAH.

Beliau mempunyai latar belakang luas dalam bidang pendidikan, dakwah dan kerja sosial.

Beliau berkelulusan Diploma Teknologi Marin dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan mempunyai Diploma Pengajian Islam dari KPTI serta Sarjana Muda Hukum (Syariah dan Undang-undang) dari UIN Suska Riau, Indonesia.

Julpikar turut menerima Doktor Kehormat (PhD) dalam bidang Pendidikan dan Kerja Sosial daripada IKI Paris Graduate School, Perancis.

Antara pengalaman beliau termasuk pernah berkhidmat sebagai Pegawai Skim SSL di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Beliau juga oernah berkhidmat selama 10 tahun dalam pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia, serta menjadi guru dan pengetua sekolah swasta di Kota Kinabalu.

Pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Semporna dari tahun 2020 hingga 2022.

Selain itu Mohd Julpikar aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan NGO, antaranya sebagai pengasas Maahad Tahfiz Assohabah Semporna serta penceramah dan pendakwah bebas sejak 2010.

Beliau pernah dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Daerah Semporna pada 2021 dan Tokoh Ma’al Hijrah Daerah Semporna pada 2023.

BACA JUGA Kehadiran Presiden Brazil, Afrika Selatan isyarat diplomasi Malaysia bukan biasa-biasa