Malaysia negara yang hebat, sangat bertenaga, kata Trump

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang telah menamatkan lawatan dua hari sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 menyifatkan Malaysia “negara yang hebat” dan “sangat bertenaga”.

“Baharu berlepas dari Malaysia, negara yang hebat dan sangat bertenaga. Menandatangani perjanjian perdagangan dan nadir bumi.

“Semalam, paling penting, tandatangani perjanjian perdamaian di antara Negara Thai dan Kemboja. TIADA PERANG! Jutaan nyawa diselamatkan.

“Ia satu penghormatan untuk dilaksanakan. Kini ke Jepun,” Trump berkata demikian menerusi laman sosial Truth Social.

Perjanjian perdamaian tersebut telah turut sama disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Amerika dan Malaysia turut menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas dan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Mineral Penting.

BACA JUGA: Anwar, Trump dan Fattah al-Sisi