PMO nafi dokumen tular dakwa individu bawah 16 tahun dilarang guna telefon pintar
Pejabat Perdana Menteri menafikan dokumen tular mendakwa kerajaan melarang penggunaan telefon pintar bagi individu di bawah umur 16 tahun.
Dalam satu siaran media hari ini, PMO mendakwa perintah larangan yang tular di aplikasi WhatsApp itu adalah palsu.
“Untuk makluman bersama, Jabatan ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara ini.
“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa beretika dan bertanggungjawab serta memastikan kesahihan maklumat sebelum dikongsikan kepada pengguna lain untuk mengelak sebarang kekeliruan,” kata kenyataan PMO.
Penyebaran berita atau maklumat palsu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
BACA JUGA Sah Ustaz Julpikar calon PH dari AMANAH di Sulabayan