Bantu Gaza tak henti, Malaysia dihina mereka tak faham diplomasi
Oleh AMIRUL MUKMININ
Cara aktivis Palestin, Ghada Sasa ini berterima kasih sangat memukau. Kita sanggup bergolok gadai, kumpul semua wang bantuan.
Setiap tahun rakyat Malaysia derma. Kita beri perlindungan pada orang Palestin.
PMX ‘simpan’ aktivis Hamas dan Fatah pun kita lindungi sampai Mossad masuk Malaysia.
Malaysia sentiasa tegas di PBB.
Kita tiada langsung hubungan dengan Israel sedangkan secara geografi Israel bukan ancaman kita.
PMX satu-satunya pimpinan rasmi negara menaungi misi Sumud Flotilla.
PMX umum RM110 juta bantuan pada 2023, 2025 umum lagi RM100 juta.
PMX jumpa Haniyeh di Qatar 2024 tunjuk sokongan dan solidariti hinggakan Facebook keluarkan gambar itu.
2024 bawa rakyat Palestin tercedera dirawat di Malaysia.
PMX umum kesediaan kita hantar tentera pengaman di Gza walau ia membahayakan nyawa perajurit kita.
PMX tidak bersama Pelan Damai Gaza yang dipelopori Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sebab letak syarat.
PMX minta Trump fokus keamanan di Gaza.
Berterima kasih
Namun malangnya, individu yang tidak tahu berterima kasih ini menuduh kita sedemikian rupa.
Saya berkata demikian kerana meskipun memiliki ijazah kedoktoran, tutur katanya tidak mencerminkan ilmu dan budi.
Dia sewenang-wenangnya menghina kita yang telah berkorban begitu banyak, dari sumbangan rakyat hingga bertrilion ringgit bantuan negara demi perjuangan Palestin.
Segala bantuan itu datang daripada hasil titik peluh rakyat, daripada mereka yang bekerja di kampung hinggalah ke sektor korporat dan kerajaan.
Terpaling muqawamah (resistance).
Dia boleh sahaja baca dan memahami semua ini, termasuk dasar luar negara kita.
Dia juga boleh menilai bagaimana perubahan “mood” Trump mempengaruhi dasar luar Amerika Syarikat (AS) sehingga Ukraine yang majoritinya berkulit putih pun tidak mendapat bantuan.
Namun, dia tetap memilih untuk memberi komen sebegini.
Beginikah caranya dia menunjukkan rasa terima kasih?
BACA JUGA 1,711 barangan Malaysia kini tidak dikenakan cukai di pasaran AS