Türkiye digegar gempa bumi magnitud 6.1
Wilayah barat Turkiye digegar gempa bumi bermagnitud 6.1 pada pukul 10.48 malam waktu tempatan bersamaan 3.48 pagi waktu Malaysia.
Gegaran turut dirasai di Istanbul dan beberapa bandar lain, menurut agensi kecemasan Turkiye, AFAD.
Sementara itu, agensi berita swasta DHA menyiarkan imej sebuah rumah musnah dan beberapa kediaman lain rosak di bandar perbukitan Sindirgi.
Bagaimanapun, tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa manakala platform media social Türkiye melaporkan beberapa individu cedera.
Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya berkata, pasukan kecemasan telah digerakkan serta-merta selepas gegaran berlaku.
“Susulan gempa bumi yang turut dirasai di kawasan sekitarnya, AFAD dan semua pasukannya telah mula menjalankan kerja di lapangan,” katanya, dipetik portal berita Turkish Minute.
BACA JUGA Selepas minta Mahiaddin berundur, Saifuddin hilang jawatan Pengerusi PN Pahang