Bersatu bertelagah: Pas sedar PN akan ranap kalau…
Oleh AZLAN ZAINAL
Saifuddin Abdullah antara yang meninggalkan PKR sertai Bersatu pasca ‘Langkah Sheraton’.
Kini, Saifuddin desak Muhyiddin undur, Azmin gugur, tapi dia yang tersingkir.
Dalam podcast lepas, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Datuk Wan Saiful Wan Jan ambil langkah menyalahkan Muhyiddin dalam banyak hal.
Pas jadi penonton dari luar tapi Bersatu (kem Muhyiddin-Azmin) yang masih mencatur PN dari dalam.
Azmin ini licik, dia akan memanfaatkan organisasi untuk kekal relevan.
Mana yang tidak bersetuju akan tercaras. Hujahnya mudah, patuh keputusan dan ikut disiplin parti.
Dia naik ke jawatan SUA PN pun atas restu Muhyiddin. Keputusan awal yang dipersetujui adalah Takiyuddin bertukar saat akhir kepada Azmin.
Paling cemerlang
Dalam bab ‘potong tang konar’, Azmin paling cemerlang. Langkah Kajang pun pernah jadi lipat Kajang, Azmin naik jadi MB.
Langkah Sheraton konon nak naik Tun pun boleh berubah, Muhyiddin mendaki ke tampuk kuasa.
Muhyiddin sedar Azmin banyak bantu dia. Tanpa Azmin dia mungkin lama gulung tikar.
Azmin kekal tenang sekalipun Bersatu nampak tegang. Pas sedar masalah ini, cuma tidak mahu dilihat lebih sudu dari kuah. Silap rencana PN akan ranap.
Cuma krisis ini nampak terpencil malah seperti tenggelam kerana gerombolan pembangkang sedang menyumpah Madani dan menyelar Anwar kononnya menjual negara dalam terang.
Seluruh tindakan baik Anwar dikecam seperti tiada baiknya.
Di kala Gaza mengintai damai, ada perlunya politik kita juga terlebih dahulu memeterai ‘gencatan senjata’.
BACA JUGA Pensyarah minta maaf tuduh kerajaan jual negara kepada Amerika