Pensyarah minta maaf tuduh kerajaan jual negara kepada Amerika
Seorang pensyarah kanan Fakulti Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuat permohonan maaf secara terbuka selepas membuat tuduhan bahawa kerajaan telah menjual negara kepada Amerika Syarikat
Dia membuat permohonan maaf itu di Facebook berhubung komen yang ditinggalkan di FB Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Komen yang ditinggalkan berbunyi; “Jangan nak bodohkan rakyat. Dah dikira pengkhianat negara. Terang-terangan jual negara kepada AS. Kerajaan kamu akan dikenang sebagai kerajaan pemusnah negara.”
Komen tersebut telah menarik perhatian bekas Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abdul Munim yang bertanya kepada pensyarah terbabit dari mana sumber diperoleh, kononnya kerajaan telah menjual negara kepada Amerika.
Dalam beberapa tangkap layar perbualan mesej yang didedahkan Hasnul, ahli akademik itu mengakui sumber yang diperolehinya adalah tidak betul.
Dia juga mengakui mungkin sedang beremosi.
“Minta maaf atas kesilapan itu menyebabkan kecelaruan. Mungkin teremosi.
“Yang pasti sumber saya tak betul, itu sebab ramai yang tak setuju. Jadi sekarang mohon bagi yang sahih supaya saya di jalan yang betul,” katanya.
BACA JUGA Kes abang kelar adik: Polis tak tolak kemungkinan pengaruh ‘online gaming’