Menjawab fitnah Petronas kena sakau: Ini cerita sebenar di sebalik import LNG dari AS

Oleh SYAHIR

“Kesian Petronas, masih jadi kambing hitam, disakau Kerajaan Madani. RM14 bilion pergi ke AS sahaja setiap tahun.”

Ayat-ayat macam ni dibuat oleh orang yang hanya tahu tulis tanpa buat homework.

Walaupun kerajaan lebih awal telah mengumumkan Petronas akan membeli gas asli cecair (LNG) daripada Amerika Syarikat (AS) sebagai salah satu item rundingan untuk mengurangkan tarif timbal balas yang dikenakan AS, apabila PMX menandatangani perjanjian perdagangan Donald Trump kelmarin, kita dapat lihat butiran yang lebih terperinci.

Untuk LNG, Petronas akan membeli 3 juta tan metrik LNG dari AS untuk tempoh setahun dengan nilai USD2.04 bilion (RM8.6 bilion).

Kemudian ada POTENSI pembelian tambahan 2 juta tan metrik setahun dengan nilai USD1.36 bilion (RM5.712 bilion).

Ada yang cakap Malaysia pengeluar gas asli dan pengeksport besar LNG dunia benar kerana Malaysia tahun lepas mengeluarkan 31 juta tan metrik LNG dan kita mengeksport 27.9 juta tan metrik LNG iaitu 90% LNG yang dikeluarkan dieksport ke luar negara.

Malaysia adalah negara kelima pengeksport terbesar LNG tahun lepas (2024), di belakang AS, Australia, Qatar dan Russia dan kita konsisten berada dalam top 5 pengeksport terbesar LNG.

Permintaan domestik

Kalau kita pengeluar dan pengeksport besar kenapa nak kena import dari AS?

Kerana permintaan domestik untuk gas dan juga LNG telah meningkat sejak beberapa tahun lepas.

Sebagai contoh, tahun lepas sebelum Trump menjadi Presiden AS pun kita memang telah mengimport 3.25 juta tan metrik LNG yang bernilai RM10 bilion.

Sejak 2014, Malaysia telah mengimport LNG sejumlah 15.5 tan metrik dengan nilai import RM41.2 bilion dengan sebahagian besarnya kita import dari Australia.

Kini, AS yang merupakan pengeluar dan pengeksport terbesar dunia LNG bakal menjadi salah satu sumber import LNG negara kita yang juga menjadi salah satu item dalam rundingan perjanjian perdagangan untuk mengurangkan tarif timbal balas yang pada asalnya dikenakan pada kadar 24% dan diturunkan kepada 19%.

Petronas pun telah menandatangani perjanjian pembelian LNG untuk tempoh 20 tahun pada Julai lepas dengan syarikat Venture Global untuk volum 1 juta tan metrik.

Mesti ada yang akan tanya, kenapa kita tidak mengurangkan eksport dan guna gas yang dikeluarkan dalam negara kita untuk kegunaan domestik dan tak perlu import dari AS?

Ini kerana kita menjual LNG kita kepada negara-negara tertentu melalui perjanjian jangka panjang.

Negara-negara pengimport LNG Malaysia terbesar iaitu 90% daripada eksport LNG kita dieksport kepada Jepun, China dan Korea Selatan dengan nilai eksport RM54.8 bilion tahun lepas (2024).

Perjanjian jual beli jangka panjang dengan negara-negara ini tidak boleh dibatalkan sewenang-wenangnya untuk memenuhi permintaan domestik negara dan sejak dulu Jepun dan Korea memang pelanggan setia LNG negara kita.

Jadi, pembelian LNG daripada US bukanlah sesuatu yang merugikan Petronas mahupun negara sebab kita memang sudah mengimport LNG dari luar dan kebetulan dengan tarif timbal balas yang dikenakan Trump, kita boleh mempelbagaikan (diversify) sumber import LNG untuk memenuhi keperluan domestik negara kita.

Ini salah satu item yang dijadikan modal politaik-politaik yang bebal malas membaca dan tak buat homework.

Ambil headline, cakap Petronas jadi kambing hitam dipaksa oleh Kerajaan untuk beli LNG dari US sama macam pembelian pesawat Boeing.

Semua tulis dan cakap sebab nak membantai, fakta malas nak cari.

BACA JUGA Malaysia di ambang pembaharuan, rakyat bangkit tolak pembodohan