Had belanja pilihan raya: SPR sedang kaji kesesuaian
Suruhanjaya Pilihan Raya sedang meneliti kesesuaian perbelanjaan parti semasa pilihan raya berdasarkan faktor-faktor petunjuk ekonomi untuk diambil kira dalam kajian menambah baik Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, kata Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said.
“Perbelanjaan maksima yang dibenarkan untuk calon Dewan Rakyat ialah RM200,000 dan RM100,000 untuk setiap calon Dewan Undangan Negeri,” katanya dalam satu jawapan bertulis.
Azalina berkata demikian kepada soalan berhubung had perbelanjaan di dalam pilihan raya daripada Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor).
Soalan ini dibangkitkan ekoran kenyataan pengarah pilihan raya Pas Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini yang mendakwa RM1 juta diperlukan untuk memenangi kerusi parlimen.
BACA JUGA: Ini sebabnya Menteri Agama saman individu fitnah isu pondok di Kelantan dan Kedah