Banyak projek bandar baru diumum Kelantan sejak 2012, tapi satu pun tak jadi

OLEH AMAN MUHAMMAD

Semalam, kerajaan Pas Kelantan umum projek “Bandar Pintar Kelantan 2040”.

Seperti biasa, ia adalah aktiviti umum projek yang menjadi amalan kerajaan Pas Kelantan selama ini, selain daripada aktiviti buat majlis pecah tanah dan letak batu asas, walhal satu apa pun tak jadi.

Bahkan, projek ‘Bandar Pintar’ seumpama ini pernah diumumkan pada tahun 2012, sewaktu arwah Tuan Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar.

Projek itu bernama “Kota Bharu Sentral @ Tunjong – Bandar Pintar Islam”.

Projek ini bernilai RM500-RM600 juta, dijangka siap paling lewat 6 tahun, iaitu pada tahun 2018.

Bandar Pintar Islam ini, dimulakan dengan The Village Mall setinggi dua tingkat, ada masjid, dewan konvensyen, medan selera dan panggung wayang.

Namun, apa jadi dengan projek ini?

Setahun selepas umum projek ini, PRU13 berlangsung, dan telah berlaku pertukaran kuasa di mana arwah TG Nik Aziz digulingkan, dan naik MB baru yang angkat sumpah pada pukul 3-4 pagi.

Seperti biasa, kesemua projek-projek yang diumumkan di zaman TG Nik Aziz, sama ada dibatalkan atau dijenamakan semula dengan nama baru, untuk hilangkan legasi TG Nik Aziz.

Projek Bandar Pintar Islam telah ditukar nama kepada Projek Lagenda Tunjong, diumumkan nilai RM1.2 bilion yada yada benda sama, namun apa kesudahannya?

Cerita  mudah faham:

1. Kerajaan lantik kontraktor swasta.

2. Kontraktor swasta pergi buat loan bank, cagar tanah projek di Tunjong. semua tanah tu atas nama kerajaan negeri.

3. Kontraktor swasta dapat duit loan, pastu tak buat apa pun. 

4. Bank mintak bayar balik, kontraktor taknak bayar, akhirnya Bank lelong tanah Tunjong tu.

5. Kontraktor dapat duit, projek tak siap, tanah kena lelong, kerajaan Pas buat bodo tak rasa bersalah langsung.

Jadi, kalau korang nampak pattern ni cuba dibuat oleh Kerajaan Pas Kedah, apabila depa umum “projek dibiaya swasta” seperti projek KXP, litar lumba, stadium Kedah bertaraf JDT, sebenarnya taktik nak sakau duit loan bank dengan cagar tanah kerajaan negeri je sebenarnya.

Kesimpulan.

Pengumuman terbaru projek “Bandar Pintar Islam 2040” oleh MB Pas Kelantan pada hari ini, adalah tidak lebih amalan kebiasaan Pas menipu rakyat Kelantan sahaja.

Dan rakyat Kelantan seperti biasa mudah ditipu dan diperdaya oleh kelompok berjubah dan berserban pastu claim sebagai “cerdik berpolitik”.

Setakat ini, kerajaan Pas Kelantan telah umum sekurang-kurangnya 9 projek bandar baru sejak 2012 hingga 2025:

1. Bandar baru Tunjong.

2. Bandar baru Jelawat.

3. Bandar baru Dagong.

4. Bandar baru Madinah al-Salam (sebelah highway KB-Ketereh)

5. Bandar baru Perindustrian Sistem Binaan Berindustri, Machang.

6. Bandar baru Datuk Bentara, Gua Musang.

7. Bandar Perabot Gua Musang.

8. Bandar baru industri Tok Bali, Bachok.

9. (terbaru) Bandar Pintar Kelantan 2040.

Satu pun tak jadi apa.

BACA JUGA Mahkamah Petaling Jaya jadi tumpuan, kes Zayn Rayyan akan diputuskan pagi ini