Mahkamah Petaling Jaya jadi tumpuan, kes Zayn Rayyan akan diputuskan pagi ini

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi ini menjadi tumpuan apabila kes Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin dijangka akan diputuskan hari ini selepas dua tahun kematiannya.

Nasib ibunya, Ismanira Abdul Manaf, akan diketahui hari ini, sama ada disabit atau dilepaskan daripada pertuduhan mengabai hingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap anak autistik berusia enam tahun itu.

Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Dr Syahliza Warnoh, dijangka membacakan keputusannya, kira-kira jam 9 pagi ini.

Terdahulu, pada 21 Julai lalu, Ismanira diperintah membela diri selepas mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap wanita itu, manakala suaminya Zaim Ikhwan Zahari, 30, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama.

Pasangan itu didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa pada 6 Disember 2023.

BACA JUGA Pekerja bank mohon maaf muat naik gambar suntingan keterlaluan hina PM