Menjawab dakwaan 4 orang MB negeri SG4 tentang isu REE

OLEH SYAM GHAZ

REE: Sumber kekayaan baru negara, apakah potensi dan hak milik negeri 100%?

Tulisan ini bagi menjawab kenyataan media 4 orang Menteri Besar negeri pembangkang yang dikenali sebagai SG4.

1) Malaysia telah mengenal pasti potensi unsur nadir bumi (REE) dan menyasarkan untuk memanfaatkan 18.2 juta tan simpanan REE bukan radioaktif menjelang tahun 2030. 

Semua simpanan ini kini dianggarkan bernilai AS$174 bilion (RM747.2 bilion), menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

2) Bidang kuasa Negeri dan Persekutuan;

Betul – mineral adalah hak negeri. Tapi tak bermaksud negeri boleh lombong sesuka hati.

Ia bermakna negeri tidak boleh bertindak bebas mutlak tanpa mematuhi kerangka kawalan nasional, kerana Persekutuan memiliki kuasa melalui Akta 525 untuk menetapkan peraturan / lesen/ pemprosesan yang mesti dipatuhi.

Perlembagaan Persekutuan — Kuasa Negeri & REE

i. Jadual Kesembilan, Senarai II (Senarai Negeri) jelas menyatakan:

Hak atas tanah, mineral dan hasil bumi dalam negeri terletak pada Kerajaan Negeri.

Ini meliputi:

 • Tanah & hasil bumi

 • Mineral, lombong & galian

 • Lesen melombong (mining rights)

Rujukan: Perlembagaan Persekutuan — Jadual 9, Senarai Negeri (Butiran 2 & 5)

Tapi negeri tak ada kuasa “mutlak”. Ada bidang kuasa Persekutuan

ii. Walaupun mineral hak negeri, kerajaan Persekutuan masih mempunyai kuasa kawal selia melalui undang-undang berikut:

a. Akta Pembangunan Mineral 1994 (Act 525)

Kerajaan Persekutuan kawal:

 • Polisi pembangunan mineral negara

 • Lesen eksport mineral

 • Standard keselamatan, alam sekitar & radiasi

 • Pelaporan & pengawalseliaan teknikal

REE terkategorikan sebagai mineral strategik, jadi tertakluk kepada Act 525.

Negeri tak boleh buat polisi bercanggah dengan dasar mineral nasional.

b. Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 (ICA)

Kerajaan Pusat boleh kawal:

 • Aktiviti pemprosesan REE

 • Kawalan kilang pemprosesan

 • Permit industri berasaskan mineral

Ini penting sebab REE bukan sekadar lombong — prosesnya sensitif & high tech.

c. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

Kerajaan Pusat kawal:

 • Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)

 • Pengurusan sisa radioaktif & bahan kimia

REE → berisiko radiasi (thorium/uranium) → wajib ikut undang-undang pusat.

d. Akta Tenaga Atom 1968 & AELB Regulations

Kawalan:

 • Bahan radioaktif

 • Tapak pelupusan sisa REE

 • Lesen radiasi

3) Malaysia telah larang Eksport REE Mentah, mahu jual yang siap proses.

Dasar Malaysia: REE mesti diproses dalam negara, bukan jual bijih mentah keluar. Tujuannya untuk elak jadi koloni bahan mentah,  nak tambah nilai ekonomi kekal dalam negara dan nak pastikan kawal selia keselamatan radioaktif.

4) Kecurian REE

a. Kecurian & Perlombongan Haram REE — Berlaku di Bukit Enggang, Sik, Kedah.

GLC Kedah dan syarikat yang buat MOU dengan mereka didakwa terlibat dalam kecurian REE.

Kes ini telah disiasat dan penahanan telah dibuat oleh POLIS dan PTG

Malah SPRM juga telah bertindak, bekas CEO Menteri Besar Kedah Incorporate oleh bekas Setiausaha Politik Sanusi MB Kedah sudah didakwa SPRM kerana menerima RM4 juta dan RM400,000.

Pencuri REE pula Ho Chung Meng telah di kompaun oleh PTG dan ditahan oleh PDRM orang Kuala Krai, Kelantan. Juga dari Negeri SG4.

b. Kecurian REE di Aring Gua Musang, Kelantan

Pada November 2024, Operasi Khazanah Khas 1/24, seramai 29 ditahan melibatkan tujuh hingga sembilan penduduk tempatan serta selebihnya adalah warga asing.

Serbuan yang dilakukan di Hutan Simpan Kekal Lebir, Bukit Perlai, Gua Musang itu turut menemui satu jentolak, eksebator mini, compressor besar, bahan-bahan dipercayai REE dua kolah, 140 guni (REE), beg bercampur bahan kimia (15), alat ujian air makmal, kertas kerja kiraan dan buku rekod. 

Juga di Negeri SG4, cuma tidak babit anak syarikat Kerajaan Kelantan.

5) Malaysia dibawah Saifuddin Nasution, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah lancar OPS KHAZANAH untuk lindungi khazanah Negara.

Kerjasama: PDRM, Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Perhutanan, APMM (di sempadan) dan Kastam / JPJ (rantaian logistik)

Fokus utama adalah menangkap pelombong haram, menutup tapak penyeludupan, merampas jentera & hasil curi dan melindungi sumber strategik negara

REE bukan cerita “hak negeri lawan pusat”.

Ini cerita kedaulatan, keselamatan dan masa depan ekonomi negara. 

Sama sama kita bangunkan, buat masa sekarang perang REE ni antara China dan US. Sebab tu cerdik PMX Anwar Ibrahim dia sign agreement dengan dua dua Negara, bukannya US sahaja.

BACA JUGA Bloomberg kata Amerika untung, tapi ahli ekonomi Malaysia kata sebaliknya