RHB umumkan, dia bukan lagi kakitangan mereka

Kakitangan RHB, Siti Nurziswanis, yang mengundang kemarahan netizen dengan berkongsi gambar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipaparkan memakai sari dari bendera Israel telah dipecat.

Perkara ini telah disahkan oleh RHB Group menerusi satu hantaran Facebook.

“RHB telah menamatkan siasatan dalaman terhadap perkara tersebut. Individu terbabit tidak lagi bekerja dengan RHB, mulai Oktober 31, 2025,” kata bank tersebut.

“Di RHB kami berpegang kepada mutu professionalisme, integriti dan saling hormat-menghormati.

“Kami mengamalkan dasar tidak toleran terhadap sebarang sikap yang bertentangan dengan Kod Etika dan Tatalaku Kumpulan,” kata bank tersebut.

Pemecatan tersebut dibuat meskipun Siti Nurziswanis telah mengemukakan permohonan maaf.

BACA JUGA: Pekerja bank mohon maaf muat naik gambar suntingan keterlaluan hina PM