PM Anwar batalkan lawatan ke Pahang atas nasihat doktor
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terpaksa membatalkan lawatan kerja beliau ke Pahang yang dijadualkan berlangsung hari ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat pada saat akhir selepas Anwar dinasihatkan oleh pasukan perubatan berikutan masalah sakit belakang yang menyebabkan pergerakannya terbatas.
“Atas nasihat doktor, YAB Perdana Menteri dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi,” menurut kenyataan itu.
Pejabat Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa Anwar memohon maaf kepada seluruh rakyat Pahang yang telah bersiap sedia menyambut kehadirannya.
BACA JUGA Rupa-rupanya nak tutup ‘cerita’ dia dengan kisah APMM, kata aktivis Umno