Rupa-rupanya nak tutup ‘cerita’ dia dengan kisah APMM, kata aktivis Umno
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan didakwa membuat cerita tentang serbuan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Masjid Rusila, Marang, Terengganu untuk menutup cerita beliau sendiri.
Aktivis UMNO Kelantan, Wan Mahussin Wan Zain berkata, tujuan sebenar Ahli Parlimen Kota Bharu itu adalah untuk menutup cerita beliau dengan seorang bekas menteri.
“Sehari dua ini, nampak berpegangan tangan dengan… di kedai makan. Waduh, gawat ni.
“Rupa-rupanya dia bawa cerita komando APMM masuk Masjid Rusila kononnya nak target Abdul Hadi Awang, dia nak tutup supaya tak nampak cerita dia…. ,” dakwa Wan Mahussin dalam satu ceramah.

Minggu lalu, Takiyuddin yang juga Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) berkata, anggota Maritim Malaysia menceroboh Masjid Rusila dan menyamakan tindakan itu sama seperti dengan serangan dalam tragedi Memali 1985.
Ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat itu, Takiyuddin mendakwa, sekumpulan 10 hingga 15 individu menaiki lima kenderaan memasuki Masjid Rusila tanpa kebenaran dengan memakai kasut.
Pemimpin Pas itu juga berkata, mereka terbabit memasuki ruang solat wanita dan melakukan penggeledahan dengan mendakwa mereka adalah polis.
Mengulas lanjut, Wan Mahussin menegaskan bahawa tidak logik anggota APMM menyasarkan Abdul Hadi di Masjid Rusila kerana bidang kuasa pasukan berkenaan bukannya di darat.
“Bukannya macam Unit Amal, semua nak buat. Tugas bomba pun Unit Amal nak buat. Kes tanah runtuh (di Hulu Selangor) pun, Unit Amal nak jadi juga pasukan SAR (Mencari dan Menyelamat).
“APMM ada skop kerja, tak boleh buat tangkapan di darat. Kalau betul nak (tangkap), tangkaplah Haji Hadi ketika mencandat sotong. Kalau betul nak target Haji Hadi tu, semasa sedang mengail tu,” tempelaknya.
Namun, katanya, Takiyuddin kemudiannya menyifatkan isu berkenaan selesai dan tiada masalah timbul selepas dakwaannya itu mengakibatkan penyokong pembangkang marah hingga mengaitkan kerajaan MADANI seperti Israel.
“Bila kerajaan beri penjelasan, Takiyuddin kata kes dah selesai, silap faham.
“Walaun dah bawa di TikTok habis mereka kata kerajaan ini kerajaan pro Yahudi, masuk serang masjid Tok Guru. Eh, dia tak minta maaf,” kata Wan Mahussin lagi.
BACA JUGA Sama-sama berjuang Islam, cuma cara, pendekatan berbeza