Suspek kes tembak di Golok rupanya bekas pemain import bola sepak Kelantan
Suspek dalam kes seorang lelaki Malaysia ditembak mati di pekan Sungai Golok, semalam, adalah bekas pemain import bola sepak Kelantan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata ia berdasarkan hasil siasatan dalaman dijalankan pegawainya, hari ini.
Menurutnya, pihaknya telah melancarkan operasi memburu suspek yang dipercayai mempunyai dua kewarganegaraan.
“Berdasarkan hasil siasatan, kami berjaya mengenal pasti suspek yang merupakan bekas pemain import bola sepak negeri ini.
“Selain mengadakan sekatan jalan raya, saya juga telah mengarahkan semua agensi yang mengawal sempadan supaya memperketatkan pemantauan,” lapor NST.
Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa mangsa bunuh berusia 33 tahun itu mempunyai empat rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan terbabit penyalahgunaan dan pemilikan dadah sejak 2020.
“Dia juga didapati memasuki Thailand dengan menggunakan pas sempadan, pagi semalam,” kata beliau lagi.
BACA JUGA Menteri KPKT akhirnya minta maaf kepada pengamal media