Celupar sangat doakan PMX meninggal dunia, individu ini akhirnya berduka

Seorang penyokong pembangkang menarik perhatian orang ramai di media sosial apabila ibunya meninggal dunia sehari selepas mendoakan Perdana Menteri agar “dipermudahkan menemui Pencipta”.

Individu berkenaan mulanya menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan mengalami sakit belakang sehingga terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang baru-baru ini.

Rata-rata mengecam lelaki itu dan menganggapnya sebagai celupar selain menyifatkannya telah mendapat balasan secara ‘tunai’.

“Sebab tu tak elok doakan keburukan untuk orang lain kesudahannya jadi pada diri sendiri,” tulis @Syahieran_ di platform X.

“Kifarah tu ada… dalam Islam diajar doa yang baik-baik sebab malaikat aminkan doa kita,” kata @Hazim678775.

BACA JUGA PM Anwar bimbang tragedi Sudan, seru hentikan segera keganasan