Kerjasama Petronas–Eni boleh jana rizab minyak baharu 3 bilion tong
Oleh NAZRI HAMDAN
Petronas buat langkah besar apabila umum nak bentuk syarikat usaha sama (JV) dengan gergasi tenaga Itali, Eni, yang akan gabungkan aset mereka di Malaysia dan Indonesia.
JV yang digelar sementara “NewCo” ini bakal mula beroperasi tahun 2026, dengan pelaburan mencecah US$15 bilion dalam tempoh lima tahun.
Ia akan urus 19 aset huluan yang mana 14 di Indonesia dan 5 di Malaysia dengan pengeluaran awal sekitar 300,000 tong minyak sehari, dan disasarkan meningkat ke 500,000 tong dalam jangka sederhana.
Tujuan besar JV ni ialah nak wujudkan model baru yang lebih efisien, jimat kos dan boleh berdikari dari segi kewangan.
Jadi, maknanya tak lagi bergantung sepenuhnya pada dana induk Petronas.
Lebihan bekalan
Dari sudut strategik, langkah ini datang tepat pada masanya sebab pasaran minyak global tengah tertekan dengan lebihan bekalan dan harga Brent jatuh lebih 13% tahun ini.
Jadi, bila Petronas dan Eni kongsi risiko dan kos, ia bantu kedua-dua pihak hadapi tekanan margin dan turun naik harga.
Tambah pula, pelaburan itu berpotensi hasilkan lebih 3 bilion tong rizab minyak baru, dengan tambahan 10 bilion tong lagi dalam potensi eksplorasi.
Kalau separuh pun jadi realiti, hasil eksport dan aliran tunai Petronas boleh naik berbilion dolar setahun.
Secara tidak langsung, JV ni bukan saja kukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantau ASEAN sebagai hab tenaga.
Malah, ia juga bagi “buffer” ekonomi negara apabila harga minyak dunia tidak menentu.
BACA JUGA Suspek kes bunuh di Golok rupanya dulu penjaga gol Kelantan