Suspek kes bunuh di Golok rupanya dulu penjaga gol Kelantan

Bekas pemain bola sepak Kelantan yang didakwa terbabit dalam kes pembunuhan seorang lelaki Malaysia di bandar Sungai Golok malam kelmarin, pernah berkhidmat sebagai penjaga gol pasukan negeri ini.

Dia yang berusia 31 tahun itu pernah bermain untuk skuad Piala Presiden Kelantan pada 2014 dan kemudian menyertai pasukan senior Kelantan FC pada 2019.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, polis di Kelantan tidak terbabit secara langsung dalam siasatan kes tersebut kerana suspek adalah warganegara Thailand.

“Apa yang saya boleh sahkan ialah saya mendengar khabar angin dia menyerah diri kepada polis Thailand malam tadi.

“Namun, kami masih belum menerima laporan rasmi daripada pihak berkuasa Thailand mengenai penangkapannya,” katanya, lapor NST hari ini.

Selain bersama pasukan Kelantan, suspek juga dikatakan pernah bermain sebagai penjaga gol untuk pasukan Yala United FC dan PT Prachuap FC dalam Liga Thailand.

BACA JUGA PM beransur pulih, luang masa dengan cucu