Segamat bergegar lagi malam ini

Gempa bumi lemah berukuran magnitud 2.7 berlaku di Jementah, Segamat, Johor pada jam 7.55 malam tadi.

Kejadian itu direkodkan pada koordinat 2.5 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, dengan magnitud 2.7 pada skala Richter.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan bahawa pusat gempa bumi itu terletak kira-kira tiga kilometer di barat Segamat pada kedalaman 10 kilometer.

Gegaran akibat kejadian itu dilaporkan turut dirasai di Segamat dan kawasan sekitarnya.

Sekurang-kurangnya sembilan kali kejadian gempa bumi lemah berlaku di sekitar Segamat sejak pertengahan tahun ini bermula 24 Ogos lalu.

BACA JUGA Suspek kes bunuh di Golok rupanya dulu penjaga gol Kelantan