AMANAH bersiap hadapi Konvensyen Nasional 2025 hujung minggu ini
AMANAH bakal mengadakan Konvensyen Nasional 2025 hujung minggu ini bagi menandakan satu dekad penubuhan parti itu serta membincangkan hala tuju perjuangan mereka dalam landskap politik semasa.
Konvensyen dua hari itu akan berlangsung pada 8 dan 9 November di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, dengan tema “Menyempurnakan Amanah, Merealisasi Harapan.”
Berdasarkan atur cara, Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu dijadual menyampaikan ucapan penggulungan pada jam 3 petang, Ahad, 9 November.
Turut dijadual menyampaikan ucapan ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa serta Penasihat Umum, Datuk Seri Ustaz Ahmad Awang.
Konvensyen itu dijangka menghimpunkan pimpinan pusat, wakil negeri serta para perwakilan di seluruh negara bagi membincangkan pelbagai isu rakyat dan cabaran politik semasa.
BACA JUGA Saya dihina penjilat Presiden sebagai pengemis QR – Chegu Bard