Saya dihina penjilat Presiden sebagai pengemis QR – Chegu Bard

Sebaik dibebaskan daripada pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, Ketua Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin meluahkan rasa kecewa terhadap kepimpinan Bersatu, yang didakwa menghina dirinya selama ini.

Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, sepanjang dia berdepan kes mahkamah, partinya langsung tidak membantu malah dihina oleh “penjilat presiden” sebagai pengemis QR.

“Kerana depani kes-kes ini dan kerana bercakap isu rakyat saya dihina pemimpin Bersatu sendiri. Ketua Penerangan Parti, orang hina saya dengan gelar orang yang keluar masuk lokap baik turun mahkamah sebagai tak ada otak. 

“Parti tidak membantu tapi janganlah sampai menghina. Saya dihina oleh seorang pemimpin parti penjilat presiden sebagai pengemis QR. 

“Pemimpin bangsat ini banyak aduan disiplin ke atasnya namun dikatakan dilindungi sebab dia kaya. 

“Baru ini sumbang bawa tunai ratus ribu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi. Maka saya syak kerana itu terus dilindungi,” katanya di Facebook.

Bagaimanapun dia tidak mendedahkan siapa pemimpin yang dikatakan dilindungi itu.

Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan Badrul Hisham tanpa perlu membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Yang di-Pertuan Agong pada tahun lalu.

Hakim Norma Ismail membuat keputusan itu selepas eneliti keterangan dan hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, dan mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

BACA JUGA Pengguna FB mohon maaf kepada Menteri Agama, rayu tidak disaman RM10 juta