Belanjawan 2026 lulus dengan 120 setuju, 67 menentang

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2026 pada peringkat dasar.

RUU diluluskan menerusi undi belah bahagi sejurus Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan selesai penggulungan bagi Kementerian Kewangan.

Berdasarkan keputusan undian, seramai 120 wakil rakyat bersetuju, manakala 67 tidak setuju. 35 yang lain tidak hadir.

RUU di peringkat dasar telah dibahas sejak 13 Oktober hingga 28 Oktober lalu selepas pembentangan belanjawan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada 10 Oktober.

Selepas ini, perbahasan RUU bagi peringkat jawatankuasa pula dijadual akan berlangsung selama 14 hari bermula esok.

BACA JUGA Pengguna FB mohon maaf kepada Menteri Agama, rayu tidak disaman RM10 juta