Krisis Bersatu: Bersatu Ampang hilang kepercayaan terhadap Mahiaddin

Bersatu Ampang telah menarik balik kepercayaan terhadap kepemimpinan Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai Presiden Bersatu.

Setiausaha Bahagian Bersatu Ampang, Daing Mohamad Daing Makati, berkata mereka turut mendesak Mahiadin melepaskan jawatan secara terhormat dengan segera demi memulihkan perpaduan serta keyakinan ahli terhadap masa depan parti.

“Menyeru supaya satu pelan transisi kepemimpinan dilaksanakan dengan tertib dan inklusif bagi memastikan BERSATU kekal kukuh dan berdaya saing menjelang pilihan raya akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian.

Keterapan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa BERSATU Ampang berlangsung pada 28 Oktober.

“Sekali lagi diulangi, keputusan ini dibuat secara sebulat suara oleh Jawatankuasa Bahagian Ampang selepas mengambil kira pandangan dan aspirasi ahli di peringkat akar umbi yang mengharapkan perubahan demi kelangsungan perjuangan parti yang dicintai,” katanya.

“Menginsafi bahawa kegagalan kepimpinan tertinggi, khususnya Presiden, dalam menangani dan menasihati kedua-dua pemimpin itu untuk memperkukuh hubungan dalaman parti sudah membawa kepada perpecahan yang semakin meruncing dalam kalangan akar umbi serta kepimpinan bahagian,” katanya.

Untuk rekod ketua bahagian Mohd Isa Mohd Saidi telah dipecat ekoran isu akuan bersumpah.

BACA JUGA: Pemimpin Bersatu saman fitnah pemimpin Bersatu RM1 juta