Pemandu e-hailing boleh tarik nafas lega, kerajaan setuju naikkan kuota kepada 800 liter

Kerajaan bersetuju meningkatkan had kelayakan BUDI95 bagi pemandu e-hailing yang layak daripada 600 liter sebulan kepada 800 liter sebulan.

Kerajaan juga bersetuju agar teksi lapangan terbang disenaraikan sebagai kenderaan yang layak menerima petrol RON95 bersubsidi di bawah skim kawalan petrol bersubsidi (SKPS).

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini 

“Selain itu, kerajaan turut memperluaskan kemudahan BUDI95 kepada nelayan yang tidak memiliki lesen memandu dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kerajaan Sabah dan Sarawak.

“Setakat 31 Oktober lalu, sebanyak 24,000 pengguna bot berdaftar tanpa lesen memandu sudah diluluskan untuk menerima BUDI95,” katanya.

Namun ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi iaitu bagi pemandu e-hailing yang memandu kurang daripada 2,000 kilometer, mereka layak menerima 300 liter seperti sedia ada.

Pemandu yang memandu antara 2,000 hingga 5,000 kilometer pula menerima tambahan 300 liter menjadikan jumlah keseluruhan 600 liter.

Manakala, mereka yang melebihi 8,000 kilometer layak memperoleh 800 liter sebulan iaitu tambahan 500 liter

BACA JUGA Krisis Bersatu: Bersatu Ampang hilang kepercayaan terhadap Mahiaddin