PM Anwar tak harap pujian, tapi jangan maki atas nama agama

Perdana Menteri menegaskan beliau sama sekali tidak mengharapkan penghargaan atau pujian dalam isu Gaza memandangkan krisis kemanusiaan di wilayah terkepung itu perlu diselesaikan secara komprehensif.

Namun, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang memaki hamun beliau atas nama agama.

“Soal Gaza ini mesti ada penyelesaian yang komprehensif. Nak sebut apa lagi? Itu dah maksimum.

“Lihat kepada kunjungan-kunjungan dari negara lain. Negara mana yang sebut depan Presiden Trump itu (tentang Gaza)? Saya sebut kerana saya mewakili Malaysia.

“Saya tak meminta penghargaan tapi memaki hamun atas nama agama, saya menyampah betul kerana dia (pembangkang) tak peduli fakta…

“Boleh nafikan atau tidak, Presiden Trump telah pergi beberapa negara. Berapa negara yang sebut depan muka Trump – ‘kita perlu penyelesaian komprehensif’?

“Ada negara lain yang cakap depan Presiden Trump (mengenai Gaza)?” tegas Anwar di Dewan Rakyat hari ini.

@jason.yew

“Saya tak minta penghargaan, tapi maki hamun atas nama agama, memang menyampah betul.” – PM @Anwar Ibrahim #parlimen #dewanrakyat #MalaysiaMADANI #anwaribrahim #keadilanuntuksemua

♬ original sound – JASON Update – JASON Update

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Sim Tre Tain (PH-Bayan Baru) mengenai tindakan pembangkang memainkan isu Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) di luar konteks.

Menurut Perdana Menteri, perjanjian itu tidak mengandungi sebarang peruntukan yang bercanggah dengan semangat atau peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, Kabinet mendapatkan pandangan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam sebarang perjanjian negara termasuk ART, bagi memastikan ia selaras dengan undang-undang Malaysia.

“Keputusan perbincangan kita dalam Jemaah Menteri juga kemudiannya kita ubah suai setelah mendapat input daripada Jabatan Peguam Negara.

“Itu cara kita kerja, malah dalam yang akhir sekali pun (keputusan) ulasan Peguam Negara itu diperlukan.

“Ya, kepala (ketua) rundingan itu MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri). Tetapi bila bincang soal halal, JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) masuk, bincang soal import, Kementerian Pertanian masuk.

“Namun, keseluruhannya skop undang-undangnya (ada) Jabatan Peguam Negara yang dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri,” jelas Anwar lagi.

Menteri Kewangan itu menjawab soalan tambahan, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) sama ada perjanjian timbal balas itu mendapat ulasan daripada AGC, pada Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri hari ini.

BACA JUGA PM Anwar hargai sokongan isteri, ramai terus titipkan doa