Purata hampir 6,000 pasangan Islam bercerai, belum masuk kes permohonan lagi

Secara purata terdapat 5,916 pasangan Islam di seluruh negara bercerai dalam tempoh sembilan bulan tahun ini.

Daripada jumlah 53,245 pasangan Islam bercerai sepanjang tempoh itu, Selangor merekodkan jumlah kes perceraian tertinggi iaitu 10,774 kes.

Ia diikuti Johor (6,078), Kedah (4,582), Perak (3,908), Kelantan (3,820), Sabah (3,810), Pahang (3,767), Terengganu (3,647) dan Wilayah Persekutuan (3,397).

Empat negeri pula mencatatkan kurang 3,000 pasangan iaitu Negeri Sembilan (2,679), Sarawak (2,233), Pulau Pinang (2,026), Melaka (1,793) dan Perlis (731).

Angka yang direkodkan itu ialah kes perceraian yang sudah disahkan oleh Mahkamah Syariah dan ia tidak termasuk kes pada peringkat permohonan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syarie Malaysia (JKSM), Datuk Mohd Amran Mat Zain, jenis kes perceraian itu termasuk permohonan perceraian dengan lafaz cerai di depan hakim sebanyak 31,845 kes.

Pengesahan lafaz cerai yang dilafazkan bukan depan hakim (15,972), taklik (1,257), tuntutan fasakh (4,090) dan tebus talak (81).

BACA JUGA Pakatan Pas-Bersatu terlalu rapuh, hanya bersandar demi kuasa