Krisis Bersatu: Suruh Mahiaddin beri keterangan kepada Lembaga Disiplin

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Saifuddin Abdullah mahu presiden parti Tan Sri Mahiaddin memberikan keterangan kepada Lembaga Disiplin parti berhubung tuduhan terhadap dirinya.

Ini kerana dakwaan terhadap dirinya dibuat susulan gesaan beliau agar Mahiaddin berundur dari jawatan presiden parti.

“Beberapa persoalan hanya boleh dijawab oleh Muhyiddin, bukan oleh pengadu, penyiasat, saya atau LD sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Maka adalah wajar dan perlu untuk beliau dipanggil bagi memberikan penjelasan sebelum sebarang keputusan dibuat.”

Beliau berkeras bahawa Lembaga Disiplin Bersatu hanya boleh membuat setelah mengambil kira keterangan Mahiaddin.

Jika jawapan presiden menunjukkan bahawa cadangannya tidak menjejaskan parti atau menyerang kepimpinan, maka tindakan mencadangkan peletakan jawatan itu tidak wajar dianggap sebagai satu kesalahan disiplin, tambahnya.

Saifuddin membuat kenyataan di atas setelah menghadiri perjumpaan dengan anggota Lembaga Disiplin hari ini.

Pada 4 Nov, MPT telah memutuskan agar usaha perdamaian dalam kalangan ahli dibuat.

Dalam pada itu, Saifuddin turut mengemukakan tiga tuntutan kepada lembaga tersebut.

Beliau mahu pengerusi Datuk Mohammed Radzi Manan dan ahli Sasha Lyna Abdul Latif, mengundurkan diri kerana didakwa mempunyai konflik kepentingan.

Saifuddin turut mendakwa hubungan kekeluargaan antara Mohammed Radzi dengan Naib Presiden Ahmad Faizal Azumu dan Naib Ketua Srikandi Nolee Ashilin Radzi, menimbulkan risiko terhadap kebebasan serta ketelusan proses siasatan dan keputusan Lembaga Disiplin.

Seterusnya eliau turut meminta nama penyiasat dan pihak pendakwa terhadap kesnya dijelaskan, bagi memastikan tiga peranan iaitu penyiasat, pendakwa dan penentu keputusan tidak dilaksanakan oleh individu atau kumpulan sama.

Saifuddin berkata beliau hanya akan bekerjasama dengan lembaga tersebut sekiranya tuntutannya itu dipenuhi.

BACA JUGA: Krisis Bersatu berlarutan, 5 MPT dilantik anggotai Lembaga Rayuan