Dua guru KPM selamba bangkit naratif benci kerajaan

Dua guru Kementerian Pendidikan (KPM) secara terbuka dikesan membangkitkan naratif membenci kerajaan di media sosial.

Perkara membabitkan guru-gugu dari Kelantan itu didedahkan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang guru Pendidikan Islam yang dikenali sebagai Ustaz Abdillah Alizai Al-Gajusi dilihat menyebelahi GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Pendidik itu mendakwa kerajaan bertindak tegas terhadap pemimpin dan ahli GISBH sebaliknya “kafir harbi yang nak tunggang agama Islam sedikit tindakan pun tiada”.

Seorang lagi guru wanita yang difahamkan mengajarkan di Bachok berkongsikan kenyataan pembangkang yang menjaja kenyataan salah daripada ahli politik Thailand, Rangsi Kittiyarnsup.

“Salam cikgu Maisarah Bahrudin banyak persoalan daripada posting FB cikgu ni.

“Apa salahnya sebagai pendidik, kongsikanlah info yang berkaitan reformasi yang dibuat KPM.

“Untuk apa timbulkan polemik yang menjadi tunggangan pihak pembangkang, menambahkan kecelaruan,” kata Hasnul mengulas perkongsian guru berkenaan.

Sebelum ini, pembangkang dilihat menjadikan tohmahan bekas pegawai kanan tentera itu berhubung peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyelesaikan konflik antara Thailand dan Kemboja untuk menyerang kerajaan.

BACA JUGA PRN Sabah: Apa agaknya pilihan 27 peratus pengundi atas pagar?