PMX dapat sambutan luar biasa di pagar lapangan terbang Kota Kinabalu

Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sambutan luar biasa apabila beliau diserbu di luar pagar Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah malam ini.

Ratusan rakyat pelbagai lapisan hadir menunggu beliau berserta laungan “Reformasi” menandakan sokongan yang ketara daripada penduduk setempat terhadap kepimpinan Kerajaan Perpaduan di bawah gagasan Malaysia MADANI.

Menerusi klip rakaman video yang tular, orang ramai dilihat melambai, merakam video serta bersalaman dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Sambutan tersebut dilihat cerminan sokongan rakyat Sabah terhadap kepimpinan Kerajaan Persekutuan terutama selepas beberapa usaha pemulihan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menampakkan kemajuan jelas.

Kehadiran Perdana Menteri itu berlaku ketika berbaki seminggu sebelum hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Beliau dijangka akan mengumumkan senarai calon PKR bagi PRN Sabah ke-17.

@jason.yew

PM @Anwar Ibrahim diserbu di luar pagar Lapangan Terbang Kota Kinabalu. #PRUSabah #pakatanharapan #anwaribrahim #keadilanuntuksemua

♬ original sound – JASON Update – JASON Update

BACA JUGA PRN Sabah: Pelancaran Jentera BN esok