Pelaksanaan semula GST? Ini pendirian kerajaan
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menolak pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana ia belum dilaksanakan dalam keadaan semasa.
“Dalam keadaan semasa, apabila rakyat masih berdepan dengan tekanan kos sara hidup dan pendapatan yang masih rendah, pilihan untuk melaksana semula GST atau cukai nilai tambah (VAT) dilihat belum sesuai untuk dilaksanakan pada masa ini.
“SST sedia ada yang telah diguna pakai selama lebih 40 tahun masih kekal relevan.
“Sistem SST ini juga mudah difahami dengan baik oleh pihak industri, peniaga dan rakyat dimana SST dapat dilaksanakan dengan segera dan berkesan berbanding memperkenalkan semula GST yang memerlukan tempoh persediaan panjang, termasuk pengubahsuaian sistem perakaunan dan operasi syarikat.”
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Manndzri Nasib (BN-Tenggara).
Manndzri meminta kerajaan mempertimbangkan semula GST bagi meningkatkan hasil negara, memperkukuh kedudukan fiscal serta mengurangkan kebergantungan hasil petroleum dan kajian berhubung perkara ini.
BACA JUGA: Bukan hanya lawan dolar AS, ringgit juga kukuh berbanding banyak mata wang dunia