Lagi kejayaan baru, Malaysia dapat kelulusan eksport durian, nangka segar ke China

Malaysia meraih satu lagi kejayaan besar selepas berjaya memperoleh kelulusan eksport durian segar dan nangka segar ke China. 

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, dengan pembukaan akses baharu ini, nilai eksport durian sahaja dijangka melebihi RM1 bilion setahun.

Rekod baharu ini bukan sahaja membawa pulangan ekonomi yang besar, tetapi turut mengukuhkan nama Malaysia sebagai pengeluar buah tropika premium di pasaran global.

“Bang Mat percaya kejayaan ini adalah hasil usaha bersama para petani, pengusaha ladang, pengeksport, pegawai-pegawai KPKM serta semua agensi berkaitan yang terus bekerja kuat memastikan kualiti dan standard negara kita berada pada tahap tertinggi.

“Insya-Allah, kita akan terus memperluas pasaran dan membuka lebih banyak peluang untuk hasil pertanian Malaysia di pentas dunia,” katanya di Facebook.

BACA JUGA Mahasiswa UPSI jemput prof UIAM sertai dialog isu Rom belajar bina kapal dari Melayu