Ringgit ada potensi cecah paras RM4 berbanding dolar AS
CIMB Investment Bank Bhd tidak menolak kemungkinan ringgit akan mencapai paras RM4 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), melihat momentum ringgit yang semakin mengukuh ketika ini.
Namun bank pelaburan itu menjangkakan nilai yang lebih realistik adalah pada sekitar RM4.10 hingga RM4.20.
“Walaupun paras sekitar 4.00 bagi dolar AS/ringgit masih boleh dicapai, dengan sokongan keadaan ekonomi yang lebih baik, dolar AS yang semakin lemah dan momentum ringgit, kami menjangka nilai yang lebih realistik berada di antara 4.10 hingga 4.20,” katanya dalam satu nota menurut laporan Bernama.
CIMB Investment menjangkakan ringgit terus mendapat sokongan daripada keadaan ekonomi global yang lebih stabil, mengambil kira kelaziman bermusim mata wang yang akan mengukuh sehingga Disember, sebelum ia kembali sederhana.
Pengukuhan ringgit pada November dan Disember sejajar dengan penukaran pendapatan eksport pada hujung tahun, selain penghantaran pulang keuntungan dan pelarasan pelaburan oleh pelabur asing serta dagangan dolar AS yang lebih perlahan.
Keadaan ini menurut Bernama, membantu mengekalkan peningkatan ringgit buat sementara waktu sebelum ia menyederhana semula pada Januari hingga Februari tahun depan.
BACA JUGA Mahasiswa UPSI jemput prof UIAM sertai dialog isu Rom belajar bina kapal dari Melayu