Pertembungan PH dengan BN, GRS

Meskipun Pakatan Harapan mempunyai pakatan untuk bekerjasama dengan secara berasingan dengan BN dan GRS, pilihan raya Sabah ke-17 tetap menyaksikan pertembungan sesama mereka.

Pertembungan melibatkan kesemua tiga pakatan politik ini disaksikan di Bandau, Kemabong dan Silam.

BN akan melawan GRS di sejumlah 44 kerusi.

Di Karamunting, BN bertembung dengan PH. Calon PH, George Hiew ialah penyandang kerusi yang sebelum ini mewakili GRS.

PH turut bertembung dengan GRS di Moyog. Calon di Moyog dinamakan ekoran daripada keputusan UPKO keluar daripada PH.

Bekas ahli PH, UPKO yang bertanding di 25 kerusi bertembung dengan PH di sembilan kerusi.

Tujuh daripadanya adalah dengan PKR iaitu di Bandau, Inanam, Petagas, Moyog, Melalap, Tulid dan Gum-Gum.

UPKO bertembung dengan DAP di Tanjung Aru dan Kapayan.

BACA JUGA: PKR tidak kemuka calon ketua menteri Sabah, ini sebabnya