Agenda tukar Ketua Pembangkang tak ada?

Majlis makan malam melibatkan presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin dengan ahli parlimen Bersatu malam tadi di rumah Mahiaddin di Bukit Damansara tidak membincangkan isu penukaran ketua pembangkang.

Ketua Pembangkang sekarang ialah Datuk Seri Hamzah Zainuddin. Dalam seminggu yang lalu, timbul dokumen yang mendakwa bahawa majlis makan malam semalam akan membincangkan kedudukan ketua pembangkang akan diambil alih oleh Datuk Radzi Jidin (PN-Putrajaya).

“Ia tidak dibincangkan langsung. Kita hanya berbincang bagaimana hendak menang pilihan raya negeri,” Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) dipetik berkata oleh media.

“Semua mahu mempertkuatkan parti,” tambah beliau.

Seramai 18 Ahli Parlimen menghadiri majlis makan malam tersebut.

Mereka turut menyatakan sokongan kepada kepimpinan Mahiaddin.

BACA JUGA: Krisis Bersatu: Kempen menggantikan Hamzah dengan Radzi sudah bermula