MET Malaysia alami gangguan capaian internet

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan berlakunya gangguan terhadap capaian internet di agensi itu, sekali gus menjejaskan perkhidmatan dalam talian mereka.

Dalam satu notis pemberitahuan yang dikeluarkan jam 9.15 pagi tadi, MET Malaysia berkata, usaha sedang dijalankan bagi memulihkan sistem secepat mungkin.

“Segala kesulitan yang timbul amat dikesali,” menurut kenyataan itu.

Walaupun tiada butiran lanjut diberikan, gangguan internet lazimnya boleh menjejaskan akses kepada capaian data cuaca serta beberapa fungsi perkhidmatan digital lain.

Setakat ini, perkhidmatan ramalan cuaca asas melalui media sosial MET Malaysia masih beroperasi seperti biasa.

BACA JUGA Macam mana PN nak ‘kasi bagus Sabah’ kalau SG4 pun tidak bagus – Puad