Banjir Kelantan: Mangsa terus meningkat, empat daerah terjejas
Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 4,591 orang sehingga jam 2 petang ini, menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Semua mangsa banjir membabitkan 1,741 keluarga kini ditempatkan di 22 pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Pasir Puteh merekodkan daerah terbaharu dilanda banjir selepas Bachok, Kota Bharu dan Tumpat.

Mangsa banjir paling ramai iaitu 2,384 orang direkodkan di Bachok membabitkan 1,017 keluarga.
Seterusnya, Kota Bharu dan Bachok masing-masing mencatatkan 1,166 mangsa dan 1,023 orang manakala Pasir Puteh setakat ini 18 mangsa.
Banjir dijangka semakin buruk memandangkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran tahap bahaya iaitu hujan sangat lebat yang berterusan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh sehingga 25 November ini.
BACA JUGA Malaysia giat melabur dalam teknologi rendah karbon