Rombakan Jemaah Menteri sedang dipertimbangkan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mempertimbangkan rombakan barisan Jemaah Menterinya ekoran timbul beberapa kekosongan.
Ini kerana Jemaah menterinya hanya mempunyai satu setengah tahun.
“Kita perlu mengisi beberapa kekosongan. Mungkin rombakan itu, kalau ada masa yang panjang tapi Kabinet ini hanya akan berfungsi satu setengah tahun saja, jadi saya tidak fikir rombakan besar harus dilakukan.
“Bagaimanapun, saya sedang merenung apakah langkah yan harus diambil tapi mengisi kekosongan itu ada keperluan,” katanya selepas melancarkan kenderaan elektrik pertama Perodua, QV-E.
Empat jawatan Menteri kosong mulai esok seperti berikut.
- Menteri Ekonomi — kosong selepas peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli
- Menteri Alam Sekitar & Kelestarian Alam — kosong sejak peletakan jawatan Nik Nazmi Nik Ahmad awal Julai 2025
- Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi — Datuk Ewon Benedick letak jawatan bulan lalu
- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) — dijangka kosong esok apabila tempoh sebagai Senator Tengku Zafrul Abdul Aziz, berakhir.
BACA JUGA: PRN Sabah: Jangan dibandingkan prestasi AMANAH dengan Pas