Wanita dibuli walaun menang saman RM115,000 selepas 4 tahun berjuang
Oleh AMAN MUHAMMAD
Suatu hari di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
di saat kesemua rakyat dikurung tak boleh keluar.
Ada seorang MB keluar jalan-jalan dengan dua, tiga orang pembantunya.
Katanya, dalam tugasan untuk pergi ke suatu destinasi.
Dalam perjalanan tu, tiba-tiba dia singgah di sebuah pusat showroom kenderaan.
Dia pandu uji sebuah kenderaan yang berjenama RAPTOR.
Entah apa kegilaan dia untuk pandu uji kenderaan waktu itu.
dah la waktu PKP pula tu.
Prosedur operasi standard (SOP) jelas-jelas langgar dah tu.
Bila Allah nak tunjuk perangai hodoh dia.
Allah takdirkan, segala perbuatan dia itu dirakam oleh seorang wanita, seorang rakyat biasa.
Video dan gambar itu akhirnya tular, dan rakyat mula mempersoalkan kerajaan PN yang berat sebelah terhadap pemimpin PN yang melanggar SOP.
Buka mulut bohong
Awalnya MB itu nafi.
Dia kata wanita itu fitnah dia.
Dia kata, dia cuma singgah nak beli makanan sahaja.
Showroom tu tutup, dia tak pandu uji pun.
Asal buka mulut bohong saja MB ni.
Dalam video jelas dia langgar SOP, boleh pulak dia tuduh wanita itu fitnah dia.
MB jadi munafik play victim.
Dia kata, “saya akan maafkan wanita itu jika dia minta maaf”.
Wanita itu mula menjadi sasaran buli siber oleh penyokong MB.
Ketua Pemuda Pas tulis satu posting fitnah mengenai wanita itu.
Dari posting itu, bagaikan syaitan datang berbondong-bondong, walaun dikerahkan untuk menyerang wanita itu.
Tidak cukup membuli wanita itu, walaun pergi buli dan ganggu ahli keluarga wanita tu pula.
Pelbagai maki hamun, cercaan, ugutan seksual telah dihadapi oleh wanita itu.
Akhirnya, wanita ini bangkit melawan.
Nabi kata, jihad yang paling afdhal adalah berkata benar di hadapan pemimpin zalim.
Wanita ini ambil keputusan, untuk saman orang yang memfitnahnya.
Saman dibuat ke atas Ketua Pemuda Pas, yang dikatakan menjadi punca segala serangan syaitan walaun ke atasnya.
Selepas 4 tahun berjuang melawan kejahatan Pas.
Akhirnya, Allah datangkan keadilan dan kemenangan untuk wanita itu.
Pada 28/11/25, Mahkamah memutuskan Ketua Pemuda PAS memang memfitnah.
Ketua Pemuda PAS diarah bayar RM115,000.
Juga diarahkan untuk membuat permohonan maaf dalam tempoh 7 hari.
Bagaimana dengan MB jahat tu?
MB tu pula, awal-awal dia tak mengaku langgar SOP.
Tak mengaku pandu uji.
Tapi disebabkan ada bukti gambar dan video.
Dia tak boleh putar belit kebenaran.
Akhirnya dia disahkan langgar SOP.
Dan didenda kompaun RM1500 sahaja.
Awal lagi sebenarnya Allah nak tunjuk dia ni jahat.
Bukak mulut je bohong.
Bukak mulut je fitnah orang..
Rakyat cuma tunggu saat dia jatuh je.
Salam RM115,000.
BACA JUGA Selepas proton kini Perodua, Malaysia dah masuk liga pengeluar EV sendiri