Ini antara isu strategik dibincang Anwar, Lawrence

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan hubungan Malaysia–Singapura sebagai kukuh dan akrab selepas ketibaannya di republik itu disambut oleh Perdana Menteri Lawrence Wong dengan jamuan tengah hari serta sesi pertemuan empat mata.

Menurut Anwar, layanan mesra yang diterima bukan sekadar mencerminkan persahabatan peribadi antara beliau dan Lawrence Wong, tetapi juga melambangkan kekuatan hubungan erat antara kedua-dua negara yang telah terjalin sekian lama.

PM Anwar bersama Lawrence Wong pada mesyuarat empat mata di Singapura hari ini.

“Dalam pertemuan tersebut, kami mengadakan perbincangan yang amat positif mengenai beberapa perkara yang masih dalam tindakan bersama, termasuk isu kawalan ruang udara, bekalan air serta penyelarasan sempadan maritim antara kedua-dua negara,” ujarnya.

Ini merupakan pertemuan ketiga antara Anwar dan Lawrence Wong pada tahun ini.

Kali terakhir, kedua-dua Perdana Menteri itu bertemu di Kuala Lumpur dalam sesi dua hala bersempena sidang puncak ASEAN ke‑47 pada 28 Oktober lalu.

BACA JUGA Terlanjur fitnah, bila mahu diambil tindakan ajak solat hajat…