Shamsul Iskandar, Albert Tei didakwa hari ini
Mantan setiausaha politik kanan perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan kontroversi Albert Tei tiba di Mahkamah Sesyen pagi ini untuk berdepan lima pertuduhan rasuah.
Menurut Sinar Harian, Shamsul Iskandar memakai baju batik berwarna hijau sementara Albert berbaju T berkolar warna biru turquoise, diiringi anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa bergari.
Kes Shamsul Iskandar, 50, dan Tei, 37, disebut di hadapan Hakim Suzana Hussin pada jam 9 pagi.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki pada sidang media berkata, kedua-dua individu itu bakal berdepan lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan satu lagi pertuduhan tambahan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat.
Beliau berkata, pertuduhan membabitkan Seksyen 17(a) Akta SPRM bagi kesalahan menerima suapan dan Seksyen 17(b) bagi kesalahan memberi suapan, manakala siasatan terhadap kedua-duanya dibuka di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
BACA JUGA: Gantung Takiyuddin selama enam bulan, RUU PSB di Dewan Rakyat hari ini