Tuntut kembali Bersatu, paksa Mahiaddin letak jawatan demi parti dan PN, akar umbi diseru
Ahli parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan mahu anggota Bersatu akar umbi menuntut kembali parti tersebut daripada presiden Tan Sri Mahiaddin Yassin agar Bersatu dan blok pembangkang Perikatan Nasional boleh menang dalam pilihan raya.
Beliau juga mahu akar umbi parti tersebut memaksa Mahiaddin meletakkan jawatan sebagai presiden.
“Saya tahu ramai rakan-rakan dalam parti mahu Muhyiddin berundur tetapi takut untuk bersuara kerana bimbang tidak mendapat watikah menjadi calon. Saya mahu bertanya kepada mereka: apa nilai watikah tapi akhirnya kalah? Lepas kalah baru nak bersuara?” kata Wan Saiful dalam satu kenyataan.
Pilihan raya negeri Sabah ke-7 menyaksikan Bersatu gagal memenangi waima satu kerusi kerusi pun.
“Jika dalam parti pun tak berani bercakap, bagaimana nak yakinkan rakyat bahawa orang Bersatu berani berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim?”
“Jika mahu menang, seluruh ahli Bersatu dan rakan-rakan dalam PN perlu berani bangkit mendesak perubahan serta merta. Ego Muhyiddin terlalu tinggi dan jika semuanya takut, dia akan terus tak sedar diri.”
“Tapi kalau memang nak parti ini kalah, tak apalah. Biarkan saja.”
“Bersatu dan PN memerlukan rejuvenasi. Rejuvenasi tidak akan berlaku selagi Muhyiddin kekal.”
“Cukuplah memberi alasan dengan lemah gemalai. Sekarang masa untuk bangkit menuntut kembali parti ini, mengembalikan keyakinan rakyat dan membuka peluang kemenangan dalam pilihan raya akan datang.”
“Lakukan sekarang sebelum terlewat. RECLAIM BERSATU!”
BACA JUGA: Pemecatan ini sementara sahaja, kata Wan Saifulruddin