Puasa: Jaga tak dari perkara yang membatalkan pahala?

Ramai daripada umat Islam di Malaysia berpuasa dengan menjaga dari perkara yang membatalkan puasa tetapi pada masa sama tidak menjaga dari perkara yang membatalkan pahala.

Melakukan perkara yang membatalkan pahala tidak membatalkan puasa tetapi mereka hanya mendapat pengalaman lapar dan dahaga, kata Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH Terengganu, Zuliadin Abdullah

“Puasa ini madrasah, tarbiyah untuk jadi lebih baik. Kebanyakan berpuasa wajib menjaga dari perkara yang membatalkannya.

“Seseorang itu perlu puasa dari mata, hati dan telinga. Puasalah dari hati supaya hati ikhlas. Jangan guna mata lihat perkara yang buruk.

“Barulah tiada riaq dan taqabbur,” kata beliau kepada Harapan Daily.

Zuliadin berkata demikian ketika diminta mengulas perihal masyarakat Islam yang berpuasa sempena bulan Ramadan tetapi tidak menjaga perilaku termasuk membuat komen buruk dan mencela pihak lain dalam media sosial.

“Dalam media sosial, mereka wajar berkata perkara yang baik.

“Ini kerana bepuasa tanpa menjaga perlakuan dan tutur kata di media sosial tidak mendatangkan pahala,” tambah beliau lagi.

BACA JUGA: Kalimah dua syahadah sebagai senjata: Serangan pengganas di Kashmir amalan Khawarij