Dua perkara yang sedang diteliti oleh kerajaan berhubung pilihan raya

Suruhanjaya Pilihan Raya belum memuktamadkan pindaan sewajarnya terhadap Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).

Walau bagaimanapun SPR sedang meneliti dua perkara khusus.

Pertama, kesesuaian had perbelanjaan calon dan kesesuaian untuk mengambil kira perbelanjaan parti semasa pilihan raya.

Buat masa ini perbelanjaan yang dinyatakan di bawah AKPR had perbelanjaan calon bukan had perbelanjaan parti.

Perbelanjaan maksimum yang dibenarkan untuk setiap calon Dewan Rakyat ialah RM200,000 dan RM100,000 untuk setiap calon Dewan Undangan Negeri, menurut Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Berhubung amalan baharu dalam kempen pilihan raya, SPR sedang meneliti amalan kempen digital yang dilaksanakan oleh calon-calon semasa pilihan raya termasuklah mengambil kira kos pengiklanan di media sosial semasa berkempen.

“Proses libat urus bagi dengan semua pihak yang berkaitan akan dilaksanakan bagi memastikan pindaan AKPR dibuat dengan teratur dan mengambil kira pandangan mereka yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Rafizi Ramli (PH-Pandan).

BACA JUGA: Had belanja pilihan raya: SPR sedang kaji kesesuaian