Malaysia dipuji masyarakat antarabangsa, sokongan terhadap Palestin ‘luar biasa’

Masyarakat antarabangsa memuji peranan Malaysia dalam misi Sumud Flotilla 2.0, dengan aktivis global menyifatkan sokongan rakyat negara ini sebagai luar biasa dalam menunjukkan solidariti terhadap Palestin.

Aktivis, Thiago Avila yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 berkata, penglibatan rakyat Malaysia dalam misi berkenaan sebagai sesuatu yang amat menakjubkan.

Ia memberi makna besar kepada perjuangan solidariti antarabangsa untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Beliau juta mengucapkan “terima kasih Malaysia” atas penglibatan dan sokongan tidak berbelah bahagi dalam misi penting ini.

“Solidariti daripada Malaysia, seluruh rantau Nusantara, malah dari seluruh Asia, amat mengagumkan. Kami sangat menghargainya. Kepada rakyat Malaysia, kami ingin ucapkan ‘terima kasih’.

“Anda semua luar biasa,” katanya ketika ditemui media semalam, seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata Malaysia, bersama Indonesia, mewakili suara yang kuat dalam kalangan masyarakat Islam antarabangsa yang kekal mempunyai hubungan rapat dengan perjuangan rakyat Palestin.

“Kita melihat penyertaan Asia dalam misi kali ini sebagai satu yang indah. Kita bercakap tentang komuniti yang mencintai Palestin, mencintai kebebasan, yang mencintai solidariti, yang benci melihat kanak-kanak mati kebuluran atau dibom,” katanya.

BACA JUGA Guru rempuh pelajar di sekolah dibawa ke mahkamah untuk proses reman