Lagi individu disiasat SKMM lepas sebar berita palsu bekal diesel ke Malaysia

Seorang lagi individu yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan Malaysia membekalkan bahan api diesel kepada Filipina, kini disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

SKMM dalam kenyataan pagi ini berkata, kertas siasatan telah pun dibuka selepas individu tersebut dipanggil untuk memberi keterangan pada semalam (Jumaat).

SKMM menyita peranti komunikasi yang digunakan untuk memuat naik kandungan berkenaan bagi membantu siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

SKMM memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan digital untuk menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan orang ramai. 

Tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta menjejaskan ketenteraman awam.

Pihak berkuasa sebelum ini telah mengesahkan diesel tersebut milik syarikat perdagangan Vitol, dan bukan milik Petronas atau Kerajaan.

BACA JUGA Orang gelak PMX suruh murid cuci tandas, tapi negara maju dah lama buat