Lebih 50,000 program setahun – Perpustakaan desa bangkit semula
Perpustakaan Desa kini dilihat semakin berperanan sebagai pusat komuniti apabila lebih 1.4 juta rakyat menyertai program galakan membaca sepanjang tahun lalu.
Sebanyak 506 Perpustakaan Desa kini beroperasi di seluruh negara, menyediakan ruang pembelajaran sepanjang hayat serta platform interaksi sosial masyarakat.
“Budaya membaca perlu dipupuk bermula dari institusi keluarga dan diperkukuhkan di peringkat komuniti,” kata Datuk Aaron Ago Dagang.
Menurutnya, Perpustakaan Desa menjadi jambatan penting yang menghubungkan keluarga dan komuniti dalam membina masyarakat berilmu.
Sepanjang 2025, lebih 50,615 program telah dianjurkan, menunjukkan kemudahan tersebut kekal relevan walaupun dalam era digital.
“Kita mahu Perpustakaan Desa terus menjadi hab komuniti yang menyatukan rakyat dan memperluas akses kepada ilmu,” katanya lagi.
Usaha ini dilihat mampu meningkatkan literasi masyarakat luar bandar, di samping mengukuhkan perpaduan melalui aktiviti berasaskan ilmu.
Kerajaan menyasarkan Perpustakaan Desa terus diperkasa sebagai pemangkin kepada pembentukan masyarakat membaca menjelang 2030.
BACA JUGA Antara dosa peribadi dan dosa negara