Kerajaan usaha tambah stok makanan, Bang Mat ajak rakyat elak pembaziran
Isu bekalan krisis yang mula memberi kesan kepada rakyat, adalah perkara utama dibincangkan ketika Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Atas sebab itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu sekali lagi menyeru rakyat Malaysia untuk mengelakkan pembaziran.
Dalam masa sama kata beliau, kerajaan akan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi dan terjamin.
“Bang Mat ingin mengajak semua rakyat supaya elakkan pembaziran. Apa yang kita jaga hari ini akan membantu kita untuk tempoh yang lebih panjang.
“Kerajaan akan terus mengambil langkah yang perlu bagi memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi dan terjamin.
“Usaha sedang dan akan diperkukuh termasuk menambah stok simpanan, memperkasakan sektor makanan negara serta mempelbagaikan sumber bekalan.
“Insya-Allah, kita mampu menghadapi situasi ini dengan tenang. Kerajaan sentiasa memantau dan akan terus menjaga kebajikan rakyat serta memastikan kestabilan negara sentiasa terpelihara,” katanya dalam perkongsian di Facebook.
BACA JUGA Selepas MP Jasin mohon maaf kepada menteri, penyokong Pas anggap tiada isu kalah saman